UMNO Perlu Direjuvinasi, Bawa Naratif Baru Untuk Angkat Kepercayaan Rakyat

KUALA LUMPUR, 8 Dis – Wakil pembahas Perak Jamilah Zakaria berkata, UMNO direjuvinasikan untuk membawa naratif politik baru yang mempunyai nilai lebih segar.

Jelas beliau, ini penting kerana UMNO perlu mengangkat kepercayaan rakyat setelah defesit kepercayaan rakyat yang sedang menular sebelum ini berubah menjadi keyakinan.

“Setelah setahun enam bulan jadi pembangkang kita dapat lihat rakyat mula kembali sokong kita. Tapi orang UMNO jangan cepat geli… kalau tengok kedudukan PH dah merudum, rakyat tidak suka PH tapi ini belum tentu mereka suka UMNO. Sebab itulah UMNO kena direjuvinasikan.

“Naratif politik baru dengan nilai yang lebih segar kerana kita kena angkat kembali kepercayaan rakyat. Hala tuju yang dibentang oleh Presiden sudah cantik tapi kita nak tengok pelaksanaan di semua peringkat.

“Ia perlu dilakukan secara inklusif, jangan terhenti di tengah jalan. Sama-sama kita bergerak… defisit kepercayaan yang berlaku sebelum ini perlu kita ubah menjadi keyakinan rakyat. Jangan kita silap langkah,” ujar beliau ketika membahas ucapan dasar Presiden sempena Perhimpunan Agung UMNO semalam.

Tambah Jamilah, semangat UMNO juga perlu dipulihkan sekaligus akan memacu gerak kerja yang lebih keras bagi memastikan UMNO kembali berkuasa pada PRU-15 nanti.

“Sebab itu UMNO Perak mencadangkan agar ‘Muafakat Nasional’ dalaman kita perlu juga dilakukan. Kita perlu pulihkan politik dalaman… raikan perbezaan pandangan.

“Selain itu kita juga perlu fikir dan kaji berkaitan kemenangan di Tanjung Piai. Adakah sokongan kaum Cina benar-benar tulin? Kalau mereka undi kita hanya untuk beri signal ini… masalah. Jadi kita perlu lakukan sesuatu agar mereka kekal bersama kita sampai PRU-15 nanti.

“Sebab itu UMNO menyatakan tawaran baru untuk dipersembahkan kepada rakyat. Buatlah kabinet bayangan ke… ini penting sebab rakyat nak tahu apa yang akan kita sajikan kepada mereka sekiranya kita menang nanti.

“Jadi, kita harus bijak mengambil kesempatan diatas ketidakstabilan politik PH,” tegas beliau. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.