UMNO Parti Akar Umbi Rakyat, Keahlian 3.2 Juta – Annuar

KUALA LUMPUR, 6 Dis – Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa memaklumkan UMNO adalah sebuah parti akar umbi yang juga parti rakyat dengan kini keahliannya ialah 3,292,667 ahli.

Katanya, anggota UMNO yang telah menyokong parti lawan telah dinyahkan melalui proses pemutihan.

“UMNO mahukan kesetiaan, yang belot telah dinyahkan. Lantaran itu, UMNO telah melaksanakan proses pemutihan keahlian yang bermula pada Oktober 2018 dan berakhir pada 15 Februari 2019,” katanya dalam laporan sempena Perhimpunan Agung UMNO 2019 yang berlangsung hari ini.

Jelasnya, pemutihan keahlian UMNO melibatkan pembersihan hampir 10% ahli dengan dua peratus dikesan menjadi ahli parti lawan empat peratus menyokong parti lawan tidak setia semasa PAU lalu, empat peratus ahli meninggal dunia.

“Setelah melalui pelbagai proses termasuklah pemutihan, dilaporkan sehingga ke tarikh 5 Disember 2019, jumlah ahli biasa UMNO ialah 3,292,667 ahli sementara jumlah bilangan cawangan UMNO ialah 22,156 cawangan.

“Pelancaran portal pendaftaran ahli UMNO secara Online telah dilakukan pada 6 Mei 2019. Hasilnya sehingga kini seramai 11,363 orang telah mendaftar masuk.

“UMNO telah mewujudkan sistem memproses keahlian dibuat di Bahagian-bahagian di bawah sistem ini, UMNO telah menerima 28,000 ahli baru.”

Dalam masa yang sama, para perwakilan dimaklumkan bahawa pengurusan UMNO telah melakukan penambahbaikan.

“Pengurusan UMNO amat tersusun, hasil dan jasa kepimpinan terdahulu. Saya bertuah mewarisi pentadbiran yang teratur. Penghargaan kepada Mantan Setiausaha Agung UMNO terdahulu khusus Datuk Seri Tengku Adnan bin Tengku Mansor, Setiausaha Agung UMNO yang ke 13.

“Tahun ini Portal Ahli dan Cawangan UMNO (PACU) mula digunakan pada Februari 2019. Sistem ini membolehkan kelulusan keahlian diperturunkan kepada Bahagian. Nombor keahlian boleh diberi secara online. Selaras dengan prinsip empowerment pentadbiran akar umbi,” katanya.

Jelas beliau, melalui system ini segala data keahlian di bahagian dan cawangan berkenaan boleh di akses terus oleh pentadbiran bahagian tanpa perlu ke Ibu Pejabat parti.

“Seterusnya selain itu, Pengkalan Data Daftar Pemilih telah diintegrasikan dibawah Sistem Maklumat War Room (MAWAR). Ia mula digunakan pada September 2019. Penubuhan Jabatan Pengurusan Pilihanraya (JUARA) pula bermula Oktober 2019 oleh Majlis Tertinggi UMNO.

“Juara menyediakan aplikasi kepada pengkalan data daftar pemilih di setiap Parlimen, Pusat Daerah Mengundi (PDM), Lokaliti dengan Pengurusan Data Besar (BIS Data) secara bersepadu, boleh di kongsi terus oleh semua Bahagian. Juara juga menyediakan SOP Pilihanraya serta teknik dan kaedah merancang dan menguruskan pilihanraya secara sistematik.

“Bagi memantapkan lagi pentadbiran Ibu Pejabat UMNO juga telah melaksanakan ‘Seminar Pentadbiran UMNO’ di setiap negeri yang bermula 17 Ogos 2019. Semua ini dilaksana bagi memastikan UMNO terus diurus dengan gerak kerja bersepadu dan holistik berterusan.”

Katanya lagi, Blueprint PRU, sedang disediakan dengan kerjasama setiap Negeri.
“Blueprint ini akan mengatur secara strategik, segala langkah terperinci menghadapi Pilihanraya Umum ke 15. Insya-Allah. Blueprint ini menjadi asas pelan tindakan Muafakat Nasional yang sedang diusahakan bersama PAS dan lain-lain.” – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.