Skuad Sayang Dan Skuad Sabil Warnai Perbarisan PAU2019

KUALA LUMPUR, 6 Dis – Buat julung kalinya, perbarisan Perhimpunan Agung UMNO disertai oleh Skuad Sayang Wanita UMNO Malaysia dan Skuad Sabil dari Pergerakan Pemuda UMNO.

Acara perbarisan yang berlangsung di Plaza Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) menerima ketibaan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama barisan Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang menandakan acar luar dewan bermula.

Acara tersebut diteruskan dengan upacara menaikkan bendera sayap-sayap UMNO yang dilaksanakan oleh ketua masing-masing iaitu Datuk Dr Noraini Ahmad untuk Wanita dan Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki untuk Pergerakan Pemuda sementara Pergerakan Puteri disempurnakan oleh Datuk Zahida Zarik Khan.

Ini disusuli dengan nyanyian lagu parti ‘Bersatu, Bersetia, Berkhidmat’ dengan ‘Sang Saka Bangsa’ dinaikkan untuk dikibarkan.

Perhimpunan Agung UMNO 2019 yang berlangsung selama empat hari bermula 4-7 Dis ini menghimpunkan bukan sahaja ahli-ahli UMNO dari seluruh negara tetapi juga menerima kehadiran rakyat dari pelbagai la[pisan masayarakat. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.