Penerangan UMNO Tampil Kelainan Kupas Isu Melalui ‘Diskusi Rakyat’

KUALA LUMPUR, 6 Dis – Program Diskusi Rakyat yang merupakan bual bicara secara santai dilancarkan buat julung kali hasil cetusan atas pelbagai isu yang muncul hari ini.

Naib Presiden UMNO yang juga Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, inilah konsep baru secara santai yang diperkenalkan oleh Penerangan UMNO Malaysia.

“Hari-hari ada saja pelbagai isu berlaku yang tak pernah kita fikirkan sebagaimana isu abu mayat Chin Peng yang dibawa balik tapi tak pernah kita fikir akan berlaku,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan semasa merasmikan program diskusi tersebut di pekarangan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sempena Perhimpunan Agung UMNO 2019.

Sebelum itu, Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah memaklumkan bahawa diskusi ini akan dibawa ke seluruh negara bagi mendekati rakyat.

“Ini merupakan format baru, konsep santai dengan adanya buskers dan pelawak.”

Dalam diskusi malam ini yang disiarkan secara langsung melalui facebook UMNO-Online menampilkan panel Noran Zamini Jamaluddin, Naib Ketua UMNO Bahagian Pokok Sena) dan Shahrul Shiro, pelawak tanah air.

Turut sama penampilan istimewa Secharma Buskers. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.