PAU 2019 Lakar Sejarah, Haji Hadi, Najib, Ku Li Dan Presiden Komponen Sepentas

KUALA LUMPUR, 6 Dis – Perhimpunan Agung UMNO 2019 yang bermula hari ini tampil kelainan apabila buat julung kalinya barisan kepimpinan UMNO dan presiden parti komponen Barisan Nasional (BN) serta Presiden PAS sepentas bagi memulakan acara dalam Dewan Merdeka, hari ini.

Jika tahun-tahun sebelum ini, hanya barisan kepimpinan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang berada di atas pentas namun kali ini, Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah; Pengerusi Lembaga Penasihat BN Datuk Seri Mohd Najib Abd Razak; Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong; Presiden MIC Tan Sri SA Vigneswaran dan juga Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang diberi penghormatan.

Ini jelas, UMNO menjunjung tinggi gagasan Muafakat Nasional dan transformasi politiknya.

Terdahulu acara perbarisan telah berlangsung di Plaza Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama ketua Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO telah menaikkan bendera ‘Sang Saka Bangsa’.

Perhimpunan Agung UMNO 2019 yang berlangsung selama empat hari bermula 4-7 Dis ini menghimpunkan bukan sahaja ahli-ahli UMNO dari seluruh negara tetapi juga menerima kehadiran rakyat dari pelbagai lapisan masayarakat. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.