PAU 2019: Kehadiran Delegasi Kedutaan Negara Luar Pengiktirafan Terhadap UMNO

KUALA LUMPUR, 6 Dis – Perhimpunan Agung UMNO 2019 tahun ini kembali dihadiri para delegasi dari kedutaan asing yang menunjukkan pengiktirafan negara mereka terhadap kelangsungan perjuangan UMNO.

Pada tahun lalu, iaitu tahun pertama UMNO bergelar pembangkang, parti ini tidak menjemput delegasi luar atau mana-mana parti politik asing sebagaimana kebiasaan dan tahun ini biarpun jemputan dibuat pada saat akhir tetapi sambutan dari pihak kedutaan negara luar amat membanggakan.

Antara duta negara luar yang hadir ialah India, Bosnia Herzegovina, British, Republik Guinea, Mexico, Australia, India, New Zealand, Singapura, Brunai dan Kanada

Selain itu hadir juga wakil negara Perancis, Jepun, Korea, Laos, Russia, Poland, Kazakhstan, Libya, Poland, Turkiministan, Amerika, Iran, Sweden dan Mesir. – UMNO ONLINE