UMNO Tidak Boleh Harapkan Kelemahan Pakatan Harapan Semata-Mata – Dr Akmal

KUALA LUMPUR, 5 Dis – UMNO tidak boleh terus mengharapkan kelemahan kerajaan Pakatan Harapan (PH) semata-mata untuk mendapatkan sokongan rakyat dan rakyat hari ini telah sedar siapa sebenarnya Pakatan Harapan (PH).

Naib Ketua Pemuda UMNO Melaka, Dr Akmal Salleh berkata namun begitu rakyat masih lagi menunggu apa perubahan dan pembaharuan termasuklah apakah tawaran yang dibuat setelah menjadi pembangkang sebelum boleh diberikan kepercayaan semula untuk menerajui negara.

“Kita perlu sedar bahawa kita masih lagi pembangkang dan PH adalah Kerajaan dan kita yakin mereka akan ‘all out’ untuk terus kekal sebagai kerajaan.  Apa yang kita laungkan, perubahan, peremajaan, penjemanaan itu perlu berlaku sekarang dan pemudalah yang perlu menjayakkan kerana kita tidak mampu dan tidak mahu untuk terus menjadi pembangkang.
Dr Akmal Panjang - JASIN
“Satu perkara yang penting dalam usaha menarik lebih ramai rakyat terutamanya pengundi muda untuk bersama kita adalah dengan memperkenalkan polisi-polisi yang menetapi citarasa serta keperluan rakyat semasa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan usul menyokong ucapan dasar Ketua Pemuda UMNO pada perhimpunan agung pergerakan itu di Dewan Merdeka, di sini, hari ini.

Melalui polisi yang ditawarkan ini, tambahnya Dr Akmal lagi rakyat boleh membuat perbandingan secara jelas apa yang kita tawarkan dan apa yang mereka akan dapat nikmati sekiranya mereka memilih kita untuk kembali memegang tampuk kuasa pentadbiran negara.

“Polisi berkaitan ekonomi, pendidikan, penjawatan dan peluang pekerjaan, kemudahan awam dan sebagainya. Kita mahu rakyat mengundi kita nanti adalah kerana polisi kita, kerana tawaran kita dan sebagainya.Paling penting polisi kita ini yang boleh dilaksanakan dan tidak sama dengan PH.Jangan sampai satu malaysia gelak kita ‘kaki kencing’,” tambahnya. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.