Ahmad Maslan Gamatkan Ucapan Penggulungan Pemuda Dengan Pantun Sensasi

KUALA LUMPUR, 5 Dis – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Ahmad Maslan menggamatkan Dewan Merdeka pada ucapan penggulungan Perhimpunan Agung Pemuda UMNO dengan pantunnya selain kepetahan beliau yang sering menggunakan akronim.

Pantang bukan sebarang pantang,
Pantang pertiwi dicabar tangan;
Datang bukan sebarang datang,
Datang ke sini demi perjuangan.


Jika tuan pergi memancing,
Jangan lupa membawa umpan;
Jika tidak mahu kena kencing,
Jangan sokong Pakatan Harapan.

Itu adalah antara pantun beliau yang menggamit para perwakilan dan pada masa yang sama Ahmad turut menitipkan beberapa peringatan untuk para perwakilan Pemuda UMNO.

“Pertama strategi perpaduan. Kita kukuhkan perpaduan. Mereka cukup khuatir perpaduan UMNO dengan PAS hari ini. Keduanya kita dekati pengundi dan ketiganya rakyat… rakyat… rakyat. Rakyat kita kena jaga. Keempat adalah media sosial dan kita kena aktifkan media sosial. Kelimanya kita kena berdikari dan carilah rezeki yang halal.

“Saya juga ingin menyampaikan ABCD perjuangan. A kita kena Akrab, silaturahim, semangat berpasukan dan kita sama-sama mendekati rakyat. B kita kena berani… berani kerana benar dan lawan terus lawan sampai menang. C kita kena cekal… tabah dan tidak kecewa dan istiqamah. D kita kena disiplin. Disiplin masa, gerak kerja, program teratur dan berstrategi,” katanya lagi. – UMNO Online

 

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.