‘Studio Berita’ Papar Laporan Terkini PAU 2019

KUALA LUMPUR, 4 Dis – Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2019 selain memaparkan siaran secara langsung acara-acara utama melalui platform Facebook, buat julung kalinya menampilkan ‘Studio Berita’ kelolaan UMNOTV Penerangan.

Studio Berita memaparkan berita, maklumat serta informasi terkini mengenai hal ehwal berkaitan persidangan dan juga isu-isu semasa.

Studio Berita akan bersiaran di Facebook UMNO Online secara berkala, dijadualkan pada waktu pagi, tengah hari dan petang setiap hari bermula semalam, Selasa hingga Sabtu, 7 Dis ini.

Hari ini, tirai persidangan tahunan terbesar parti orang Melayu itu dibuka bermula dengan pendaftaran perwakilan sayap Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO.

Dianggarkan seramai lebih 5,600 orang perwakilan akan hadir ke persidangan dan beratus ribu penyokong, pendokong parti serta masyarakat awam turut serta bagi mengikuti dengan lebih dekat sepanjang PAU 2019 berlangsung bermula hari ini hingga ke 7 Dis ini.

Malam ini, perasmian perhimpunan agung sayap pergerakan akan disempurnakan oleh Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan manakala pada Khamis, 5 Dis setiap sayap akan menunaikan tanggungjawab menyempurnakan persidangan masing-masing. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.