Pendaftaran Perwakilan Sayap UMNO Buka Tirai PAU 2019


KUALA LUMPUR, 4 Dis – Tirai Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2019 dibuka hari ini dengan pendaftaran perwakilan sayap Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO.

Seawal pukul 8.00 pagi pekarangan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) mula dipenuhi perwakilan sayap-sayap UMNO membabitkan 191 bahagian UMNO dari seluruh negara.

Malam ini, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan akan menyempurnakan majlis perasmian serentak Perhimpunan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO bertempat di Dewan Merdeka.

Pada 5 Dis, ketiga-tiga sayap UMNO akan melaksanakn persidangannya secara berasingan dengan Wanita di Dewan Tun Hussein Onn, Pemuda di Dewan Merdeka sementara Puteri di Dewan Tun Dr Ismail.

PAU 2019 akan berlangsung selama empat hari dengan anggaran seramai 5,600 perwakilan dijadualkan menghadiri perhimpunan itu. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.