PAU 2019: Gerakan Mahasiswa Perlu Diperkasa, Tak Salah Bersama UMNO – Annuar

KUALA LUMPUR, 4 Dis – Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2019 yang membuka tirainya hari ini dimulakan dengan acara melibatkan mahasiswa dari dalam dan luar negara bersama pemimpin tertinggi UMNO.

Memulakan program pada pagi ini, mahasiswa terbabit mengadakan perjumpaan secara tertutup bersama Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa.

Dalam ucapannya Annuar melahirkan harapan untuk melihat gerakan mahasiswa khususnya luar negara terus diperkasakan.

“Kita tidak mahu mundur ke belakang atau meletakkan diri dalam situasi rendah diri. Kita adalah sebuah parti perjuangan.

“Tak hina sekiranya kita menjadi pembangkang. Sebagaimana pentingnya menjadi kerajaan, begitu juga pentingnya menjadi pembangkang,” ujar beliau lagi.

Selepas perjumpaan tersebut, mahasiswa bertemu pula dengan Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Razali Ibrahim.

Slot tersebut dipenuhi dengan sesi soal jawab melibatkan mahasiswa seramai 80 orang.

Antara yang dibincangkan adalah berkaitan idealogi komunis, keterbukaan UMNO dalam menerima idea anak muda dan bagaimana mahasiswa boleh memainkan peranan untuk mendokong kebangkitan UMNO. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.