“Rubbish… Get Lost…” Media Sekali Lagi Jadi Mangsa Menteri PH

KUALA LUMPUR, 28 Nov – ‘Rubbish… Get lost…’ Itu hinaan yang dilontarkan oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Mohamaddin Ketapi kepada pihak media yang mengambil gambar beliau di lobi Parlimen hari ini.

Tindakan Mohamaddin ternyata menyinggung hati para pengamal media yang sedang bertugas namun ketika media cuba meminta penjelasan, beliau menafikan mengeluarkan perkataan sedemikian.

“Saya tidak cakap begitu… buktikan saya cakap begitu,” bidas beliau.

Jurufoto Free Malaysia Today yang dikenali sebagai Mogan melahirkan rasa kecewa dengan sikap Mohamaddin itu justeru beliau mendesak agar menteri terbabit memohon maaf kepada pihak media.

“Kita hanya menjalankan tugas… bukan kita kacau dia. Kenyataan menteri itu benar-benar mengguris hati kami,” ujar beliau.

Kenyataan Mogan itu turut dipersetujui oleh Calvin Foong daripada agensi Sin Chew, dan Yusuf daripada Malay Mail. .

Untuk rekod, sikap tidak mengaku mengeluarkan kenyataan ini bukan kali pertama berlaku malah telah beberapa kali insiden membabitkan pemimpin Pakatan Harapan (PH) namun kemudiannya tidak mengaku apa yang mereka katakan dan akhirnya media yang dipersalahkan. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.