PH Terlalu Banyak ‘Main Wayang’, Letak Kesalahan Pada Orang Lain – Ahmad

KUALA LUMPUR, 28 – Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata semenjak kerajaan Pakatan Harapan (PH) mentadbir negara, terlalu banyak ‘wayang politik’ yang dimainkan oleh mereka.

Jelas beliau, politik yang tidak matang PH ini akhirnya menjerat mereka sendiri apabila mereka tidak dapat melaksanakan janji-janji dalam manifestonya.

“Mereka (PH) hanya pandai main wayang kononnya mengikut manifesto sebagaimana tender dibuat secara terbuka walhal pada hakikatnya mereka tidak ada hajat melakukan perkara itu.

“Takkanlah jawatankuasa yang membuat tender itu tidak memahami bahawa sepatutnya satu syarikat hanya mendapat satu tender. Kebiasaannya pada zaman Barisan Nasional (BN) satu syarikat yang mendapat tender adalah syarikat tempatan dan ini tidak berlaku.

“Kalau tender RM10 ribu mungkin menteri tidak tahu tapi kalau tender berbilion… mustahil menteri tidak tahu. Penjawat awam dikambing hitamkan dan ini perkara yang amat tidak baik dibuat oleh kerajaan PH,” katanya kepada UMNO-Online.

Tambah Ahmad lagi kelihatan ‘skandal’ ini memberi pengajaran yang menunjukkan bahawa kerajaan PH ‘tidak pakar’ dan menyalahkan Ketua Setiausaha (KSU) kementerian terlibat.

“Saya simpati pada KSU dan difahamkan salah seorang KSU ini adalah cukup berintegriti dikalangan KSU-KSU yang ada. Saya harap pegawai tersebut mempunyai prinsip-prinsip yang tertentu dan tidak mungkin menteri tersebut tidak tahu tentang keputusan ini.”

Ini menunjukkan bahawa penjawat awam tidak dihormati oleh kerajaan PH dan mereka dijadikan kambing hitam, ujarnya.

“Saya kira ini satu perkara yang tidak baik bagi penjawat awam dan penjawat awam perlu bangkit menyatakan tidak bersetuju terhadap apa yang berlaku dan ini tidak pernah berlaku pada zaman BN,” tegasnya lagi. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.