Empat Faktor Yang Harus Melekat Di Minda Rakyat – Ahmad Zahid

SHAH ALAM, 24 Nov. – Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata konsep Muafakat Nasional yang diaplikasi hari ini adalah hasrat masa hadapan dalam keterbukaan UMNO bersama PAS untuk melangkah lebih jauh.

Sehubungan itu, katanya terdapat empat faktor yang harus melekat di minda dan hati rakyat bagi memastikan Putrajaya kembali dikuasai pada Pilihan Raya Umum akan datang.

“Terdapat empat faktor iaitu kita kekalkan penyatuan dan perpaduan ini. Kedua iaitu kita jangan berebut ‘ghonimah’ (kerusi) Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan juga habuan-habuan politik sebelum berperang atau selepas berperang

“Kita mesti memastikan bahawa pengundi-pengundi baru walaupun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyatakan umur 18 tahun belum boleh didaftarkan kerana sistem yang ada di SPR belum cukup siap siaga, namun kita harus mulakan dahulu kerana anak-anak muda telah mula berbalik kepada kita dan memberikan sokongan kepada kita.

“Terakhir adalah kita berusaha bersungguh-sungguh dan tawakal kepada Allah SWT,” katanya.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk berkata demikian dalam ceramah pelancaran Muafakat Nasional Peringkat Negeri Selangor di sini, malam tadi.

Tegas beliau, kebencian dan kekecewaan rakyat hari ini terhadap Pakatan Harapan (PH) yang hanya pandai membuat janji-janji manis perlu diterjemahkan melalui suara demokrasi pada pilihan raya nanti.

“Rakyat Negeri Selangor perlu bersatu hati dan bersama-sama kerana banyak permasalahan yang timbul hari ini bukan dimulakan oleh kita tetapi sengaja dilakukan oleh kerajaan PH.”

Jelas beliau, kerajaan PH tidak dapat menunaikan pelbagai janji selain menimbulkan pelbagai masalah hari ini maka cara terbaik untuk menunjukkan penolakan rakyat adalah dengan menterjemahkan pada pilihan raya.

“Kita harus berfikir bukan hanya di luar kotak tapi juga kita kena berfikir tanpa kotak untuk membuat sesuatu keputusan dan kita juga harus melihat bahawa bukan hanya sesuatu kerusi sahaja sama ada kerusi Parlimen atau ADUN yang harus dilihat dalam skop negeri dan nasional tetapi demi keseluruhan rakyat dan negara ini.”

Hadir sama dalam ceramah ini ialah Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Tan Sri Noh Omar; Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi; Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan; Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Megat Zulkarnain Omar Din; Ketua Wanita UMNO Selangor, Datuk Rosni Sohar; Ketua Dewan Muslimat PAS Selangor,Wan Haslina Wan Hassan; serta barisan kepimpinpinan UMNO dan PAS Negeri Selangor. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.