UMNO Jemput NGO, Swasta Dan Pelbagai Pihak Sebagai Tetamu PAU 6 Dis Ini

KUALA LUMPUR, 21 Nov – Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa menjemput pemimpin Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan badan swasta untuk memohon hadir sebagai tetamu pada perasmian dan ucapan dasar Presiden UMNO di Perhimpunan Agung parti itu 6 Disember depan.

Jelas beliau jemputan itu selari dengan hasrat merakyatkan sebuah perjuangan dan Perhimpunan Agong UMNO kali ini membuka peluang tersebut juga kepada masyarakat madani.

“Selain dari parti-parti politik “friends of UMNO”, komponen BN, rakan Muafakat Nasional  turut dijemput perwakilan negara sahabat,” katanya menerusi Facebook beliau, hari ini.

Untuk lebih terbuka lagi beliau berkata selain dari mereka yang diundang, pemimpin persatuan pelajar, badan profesional, badan kebajikan juga boleh menjadi tetamu dengan menghubungi secretariat PAU/PEJ SETIA USAHA AGONG UMNO menerusi telefon nombor 03-40482601 atau 03-40482602 selewat lewatnya pada 30 November ini.

Walaubagaimanapun katanya,  tempat adalah terbatas dan penerimaan permohonan adalah berdasarkan adanya tempat yang mencukupi.

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.