Tiga Pilihan Buat Mahathir Jika Tidak Mahu Serah Kuasa Pada Anwar

PERTAMA, Mahathir boleh menyerahkan kepada Timbalan Perdana Menteri, Wan Azizah untuk memangku jawatan Perdana Menteri sehingga Majlis Presiden menentukan Perdana Menteri yang baru.

Mahathir boleh mengambil cuti rehat untuk perubatan atau sebagainya sementara Majlis Presiden bersidang untuk memilih Perdana Menteri ke-8.

Dengan ketiadaan Mahathir, adalah lebih mudah untuk Majlis Presiden berbincang dengan rasional tanpa ahli-ahlinya ragu-ragu tentang jawatan kerajaan atau kabinet yang boleh diugut tukar oleh Perdana Menteri sedia ada.

Majlis Presiden PH mempunyai 22 orang ahli yang akan menentukan Perdana Menteri.

Dan tidak semua 22 ahli Majlis Presiden ini bersetuju untuk melantik Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Sekurang-kurangnya 6 sehingga separuh daripada 22 ahli Majlis Presiden tidak menyebelahi Anwar.

Namun hampir semua daripada mereka tidak ada masalah dengan Wan Azizah.

Oleh itu jika Mahathir menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Timbalannya untuk dipangku sementara Majlis Presiden membuat keputusan, ada kemungkinan Majlis Presiden akan mengangkat Wan Azizah sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-8.

Ini untuk mengelakkan perpecahan dan pergaduhan dalam PH.

Dan Malaysia akan mendapat seorang Perdana Menteri wanita yang pertama dalam sejarah.

KEDUA, Mahathir boleh serahkan kuasa kepada sesiapa sahaja di kalangan Ahli Parlimen dalam Dewan Rakyat yang difikirnya mendapat sokongan majoriti dalam Dewan Rakyat mengikut Perlembagaan.

Ini tidak tertakluk kepada ahli-ahli Parlimen PH sahaja.

Jika dia mahu, Mahathir boleh menyerahkan kuasa termasuk kepada Ahli Parlimen pembangkang yang disokong atau tidak ditolak oleh majoriti ahli Dewan Rakyat.

Ini termasuklah seperti YB ….

KETIGA, Mahathir boleh menghadap Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong untuk mendapat perkenan untuk membubarkan Parlimen dan mengembalikan mandat ke tangan rakyat.

ISHAM JALIL
21 November 2019

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.