Memalukan… Lagi Dewan Rakyat Tidak Cukup Korum

KUALA LUMPUR, 20 Nov – Memalukan… Dewan Rakyat tidak cukup korum lagi.

Ini bukan kali pertama, walau pelbagai teguran telah dilakukan namun Ahli Parlimen kerajaan masih memandang remeh kedatangan ke Dewan Rakyat.

Dewan Rakyat yang sepatutnya mula bersidang jam 10 pagi terpaksa ditangguhkan beberapa minit apabila hanya 24 ahli Parlimen berada di dalam Dewan.

Ketika Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof memulakan sesi pertanyaan bagi jawapan lisan dengan memanggil soalan pertama dari Ahli Parlimen Tampin, Datuk Dr Hasan Bahrom, namun Ahli Parlimen Lipis bangkit atas Peraturan Mesyuarat iaitu korum tidak cukup dan Dewan tidak boleh mula bersidang.

Mohamad Ariff kemudiannya mengira jumlah ahli Parlimen yang berada di dalam dewan dan mendapati hanya 24 wakil rakyat sahaja dan terpaksa membunyikan loceng.

Untuk rekod, sidang Dewan Rakyat memerlukan 26 Ahli Parlimen daripada kerajaan untuk memulakan setiap sesi.

Pada 17 Oktober lalu, sidang Dewan Rakyat terpaksa ditangguhkan selama 10 minit mulai jam 4.05 petang apabila jumlah Ahli Parlimen yang hadir tidak mencukup syarat yang ditetapkan.

Kejadian itu berlaku semasa perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2020. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.