Kemenangan BN Di Tanjung Piai Usaha Semua Pihak…Terima Kasih Pengundi

KUALA LUMPUR, 18 Nov – Ahli Majlis Kerja Teringgi (MKT) UMNO, Khaidhirah Datuk Seri Abu Zahar mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua pengundi Tanjung Piai tanpa mengira agama, bangsa dan latar belakang kerana membuat pilihan yang tepat dengan mengundi Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng, calon Barisan Nasional (BN) Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai.

Pada masa yang sama beliau turut mengucapkan terima kasih kepada pengundi muda yang mencipta tsunami baharu memberi kemenangan kepada BN pada PRK kali ini.

“Tahniah dan terima kasih jua kepada jentera BN, PAS dan komponen BN yang lain seperti MCA dan MIC, NGO serta individu yang mempamerkan perjuangan sebenar dan tulen bagi membantu kemenangan kita di Tanjung Piai.

“BN mendapat majoriti yang sangat besar iaitu 15,086, yakni jauh ‘meninggalkan’ calon Pakatan Harapan (PH). Ia adalah satu keputusan diluar jangkaan, namun saya percaya, momentum mengejutkan ini adalah satu isyarat jelas rakyat yang mahukan kepimpinan yang lebih berkebolehan serta lebih berwibawa,” katanya dalam satu kenyataan kepada UMNO-Online di sini.

Tambahnya lagi kemenangan itu juga adalah kebangkitan rakyat yang bermula dari kumpulan peneroka dan pekebun kecil, nelayan, kumpulan peniaga kecil, para pekerja swasta, penjawat awam dan orang-orang muda di Tanjung Piai yang mahukan agenda yang lebih jelas untuk kebajikan dan masa depan mereka.

Jelasnya sentimen perkauman yg cuba di mainkan oleh PH sudah tidak boleh diguna pakai dan sentimen agama yang cuba diperjudikan PH juga gagal mencakupi kemahuan rakyat di Tanjung Piai.

“Anak muda hari ini juga lebih celik dalam politik dan bijak memilih kewibawaan, bukan ‘populariti’ semata-mata dalam masa yang sama menjadikan retorik sebagai ‘makanan’ untuk tampak releven di mata rakyat.

“Pastinya BN memberi satu paradigma yang lebih baik dan segar, mencakupi kebajikan setara untuk semua kaum dan masyarakat di Tanjung Piai berbanding kerajaan hari ini yang sebenarnya jelas… sangat mengecewakan,” ujarnya.

Ujarnya ia akan menjadi kayu ukur kepada BN untuk fahami mesej rakyat tentang naratif sebenar BN yang lebih ‘solid’ untuk kepentingan kepelbagaian kaum di negara ini.

“Saya mohon manifestasi ini dikekalkan, dan mohon tsunami anak muda untuk terus bersuara melawan kerajaan yang lemah. Tahniah sekali lagi saya ucapkan kepada Dr Wee Jeck Seng, BN, Muafakat Nasional dan rakyat Tanjung Piai.

“Kekalkan rentak merendah diri, istiqamah dan terus perjuangan kepentingan rakyat walau seberapa tinggi kedudukan kita sebagai pemimpin yang dijulang rakyat. Kemenangan ini adalah kemenangan rakyat, dan kebangkitan ini adalah kebangkitan rakyat,” katanya. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.