Terima Kasih Tanjung Piai.. Kemenangan “Kuasa Rakyat” Tolak Kerajaan PH

TANJUNG PIAI, 17 Nov –  Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata kemenangan besar Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai sebagai keputusan “Kuasa Rakyat” yang menolak Kerajaan Pakatan Harapan dan menerima Muafakat Nasional.

Tegasnya BN berjaya mencatat kemenangan besar biarpun berhadapan dengan Pakatan Harapan yang menggunakan segala jentera kerajaan, memberikan pelbagai bantuan dan peruntukan kepada pengundi dalam PRK Tanjung Piai.

“Namun pengundi Tanjung Piai sangat bijak. Mereka memilih Barisan Nasional. Justeru terima kasih rakyat dan pengundi Tanjung Piai. Kejayaan besar BN di P165 Tanjung Piai dengan undi 25,466 dan majoriti 15,086 suatu yang amat tinggi nilainya.

“Apatah lagi BN dapat mengalahkan Pakatan Harapan, yang diwakili BERSATU parti Perdana Menteri”, katannya di sini.

Kemenangan ini juga jelas beliau membuktikan keputusan meletakkan calon MCA di Tanjung Piai suatu tindakan yang sangat tepat dan dengan sendirinya memperlihatkan penerimaan rakyat kepada Muafakat Nasional.

Maknanya tambah Dr Shamsul Anuar rakyat berkeyakinan Muafakat Nasional mampu membela rakyat dan memimpin negara ini.

“Saya merakamkan penghargaan terima kasih kepada pengundi Tanjung Piai, pimpinan dan ahli UMNO di Tanjung Piai, semua bahagian di Johor, UMNO negeri seluruh negara. Tahniah kepada pimpinan tertinggi UMNO.

“Pastinya kepada pimpinan dan ahli MCA dan MIC serta parti sahabat Barisan Nasional. Dan tentunya pimpinan tertinggi dan ahli PAS serta ahli Gagasan Sejastera disemua peringkat.

“Keputusan di Tanjung Piai adalah KUASA RAKYAT. Ini gambaran jelas bahawa rakyat sudah menolak Kerajaan PH”, ujarnya.

Namun demikian beliau minta pimpinan dan ahli parti disemua peringkat agar jangan terleka dengan kemenangan ini.

Jelasnya lagi kemenangan yang rakyat berikan kepada Barisan Nasional juga bermakna rakyat inginkan, BN membela serta memperjuangkan kepentingan mereka.

“Oleh itu kita mesti terus menjadi juara membela kepentingan rakyat. Dan kita mesti memahami bahawa perjalanan kita masih panjang.

“Matlamat utama kita ialah kembali menjadi kerajaan. Oleh itu kita mesti terus memperkuatkan parti dan bekerja untuk rakyat serta menentang Kerajaan PH yang ternyata gagal”, katanya.

Justeru selaku Ketua Penerangan UMNO beliau mengucapkan ucapan terima kasih tidak terhingga kepada semua jentera penerangan di semua peringkat.

“Perjuangan kita mesti diperkukuhkan lagi. Terima kasih Tanjung Piai”, katanya. -UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.