Kekalahan PH Di Tanjung Piai: Rakyat Beri Pukulan ‘TKO’ – Razlan

KUALA LUMPUR, 17 Nov – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Mohd Razlan Rafii berkata kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai dengan majoriti yang amat besar bukan sahaja dilihat sebagai satu tamparan tetapi boleh dianggap satu tumbukan ‘TKO’ kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH) daripada rakyat.

Sambil mengucapkan terima kasih kepada pengundi dan seluruh jentera, beliau berkata setiap pengundi Tanjung Piai, andalah juara kepada rakyat keseluruhanya.

Menurut beliau baru sahaja setahun enam bulan, rakyat sudah membuat keputusan bahawa Kerajaan PH sekira dibandingkan dengan BN, BN lebih ikhlas dalam memimpin.

“Apabila rakyat memberi kuasa kepada PH sebelum ini, tiada perbandingan diantara corak kepimpinan BN dengan mana-mana, mereka menjangkakan kehidupan mereka lebih baik, lebih terjamin. Ini kerana sepanjang 20 tahun PKR dan sekutu mereka wujud, mereka menabur fitnah dan politik kebencian sehingga rakyat termakan apa sahaja yang mereka ungkapkan.

“Namun, apabila mendapat kuasa, pemimpin PH jadi lebih tamak, baru seminggu, Kes Setiausaha Politik Mohamad Sabu berjaya keluar dari muflis, sebanyak RM500,000 dibayar, selepas itu, kes Pegawai Salahuddin menerima jam tangan mewah, kes Pemuda PPBM mendapat imbuhan dari Bazaar Ramadan, kes penjualan aset kerajaan kepada Kroni PH. Ini semua telah membuka mata rakyat bahawa, PH bukan mahu membantu rakyat, mereka mahukan kekayaan dengan rakus.

“Bangkai di depan mata, sang serigala meleleh air liur tidak sabar melapah, itulah boleh diibaratkan perasaan pimpinan PH apabila melihat peluang rasuah di depan mata mereka,” katanya dalam satu kenyataan media kepada UMNO Online di sini hari ini.

Tambah beliau lagi, bukan hanya rasuah, Dap memulakan corak kepimpinan Malaysian Malaysia, bahasa mesti sama rata, agihan ekonomi mesti sama rata, tidak kira siapa miskin dan siapa perlu dibantu, dengan beralasan memburukan beberapa kes terpencil mempergunakan bangsa demi Kekayaan dan Dap berjaya membuat pimpinan lain tunduk kepala untuk mereka terap agenda Malaysian Malaysia.

“Perut rakyat yang lapar, di suruh ikat, penjawat awam yang rajin dikatakan pemalas, askar yang bermatian berjuang dikatakan makan tidur, polis yang menjaga keamanan dituduh mainan politik.

“Setiap hari, rakyat mendoakan ada perubahan kepada Kerajaan PH, mereka kalau boleh mahukan pilihan raya dibuat dengan secepat mungkin, melalui kesengsaraan hidup zaman PH sama seperti hidup zaman perang Jepun. Hidup melarat dengan dihina setiap hari oleh pimpinan PH,” ujarnya lagi.- UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.