Tanjung Piai Mesti Hukum PH, Kerajaan Penipu – Ismail Sabri

TANJUNG PIAI, 16 Nov – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri berharap rakyat Tanjung Piai mengundi calon Barisan Nasional (BN) bagi P165 Tanjung Piai, Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng.

Jelas beliau, penduduk Tanjung Piai harus menolak Pakatan Harapan (PH) dan ini adalah isyarat yang jelas kerana kerajaan PH gagal mentadbir negara.

“Undi kita amat penting kerana melalui undi akan memberikan satu ‘signal’ ataupun ‘referendum’ kepada kerajaan hari ini bahawa rakyat sudah tidak boleh menerima kerajaan yang ada pada hari ini untuk terus menipu.

“Jangan lupa bawa kad pengenalan kalau ada sesiapa sahaja datang untuk meminta kad pengenalan dengan tawaran-tawaran tertentu itu hanya satu penipuan. Kad pengenalan adalah hak kita, jaga baik-baik dan bawa kad pengenalan sewaktu pergi mengundi.

“Kepada semua pengundi yang berada di dalam kawasan Parlimen dan yang akan pulang daripada luar, saya harap kita semua memberikan undi kepada Dr Wee,” katanya kepada UMNO-Online, di sini.

Dalam pada itu, Ismail Sabri menyeru pengundi Tanjung Piai tekad dan membuat keputusan yang tepat kerana PRK Tanjung Piai amat penting dan bererti kepada semua rakyat Malaysia.

Tambahnya, keputusan PRK ini akan menentukan masa depan BN dan juga kerajaan ‘hancing’ sama ada terus kekal sebagai kerajaan yang sedia ada.

“Kalau orang Tanjung Piai tolak PH…itulah sebenarnya, gambaran dari seluruh negara dan pastikan tolak calon PH dan calon BN menang besar di Tanjung Piai.

“Kita marah kepada PH, semua janji ditipu sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) dan selepas PRU, dalam bajet belanjawan 2019 dan 2020 pun PH menipu. Kerja PH menipu sepanjang masa.

“Semua orang tidak puas hati dengan kerajaan hari ini. Seluruh rakyat Malaysia kalau boleh hendak tukar kerajaan hari ini tetapi belum lagi… waktu mengundi belum sampai, ujarnya”.

Seluruh rakyat Malaysia kini mewakilkan kepada rakyat Tanjung Piai mengeluarkan perasaan kecewa, marah dan ketidakpuasan terhadap kerajaan PH yang gagal di kertas undi, tegasnya. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.