Doa Muafakat Nasional Untuk Tanjung Piai – Ahmad Zahid


TANJUNG PIAI, 15 Nov – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan rasa gembira dan kagum kepada rakyat Tanjung Piai khususnya yang memberikan sokongan dan dukungan kepada calon BN, Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng.

Katanya, sokongan rakyat ini tentunya akan memberikan kemenangan kepada BN dalam PRK Tanjung Piai yang akan berlangsung Sabtu ini.

Beliau yang juga Presiden UMNO berkata demikian dalam ceramah Muafakat Nasional Penyatuan Ummah di Kampung Sawah, malam tadi yang turut dihadiri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak; Penasihat UMNO, YM Tengku Razaleigh Hamzah; Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man; Pengerusi PAS Johor, Abdullah Husin; Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong; Naib Presiden MIC, Datuk T. Murugiah; Sekteriat Penyatuan Ummah Muafakat Nasional, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman; kepimpinan UMNO, PAS, Makkal Sakti, Kimma dan juga masyarakat setempat.

Berikut adalah doa yang dibacakan oleh Ahmad Zahid dan sama-sama diaminkan oleh 12 ribu peserta .

Bismillahirrahmanirrahim…

Ya Allah Ya Tuhan kami, segala kekuatan milik-Mu jua ya Allah, segala kekuatan milik-Mu. Sesunggunya kamu merancang, kami juga merancang, sesungguhnya rancangan-Mu adalah yang paling baik dan hak dari Allah.

Kebenaran Mu ya Allah adalah satu kebenaran yang patut kami patuhi. Ya Rabbal Alamin, Ya Ar-Rahman Rahimin, kami berkumpul dengan penuh tafakur. Kami rendah diri dan hina ini memohon dari penuh sudut hati kami tunjukkanlah yang benar itu benar, yang batil itu batil, yang fitnah itu fitnah, kami memohon pada Mu ya Allah.

Jauhkanlah fitnah dari kami, jauhkanlah golongan yang memfitnah kami ya Allah, ya Ar-rahman Rahimin. Kami memohon pada mu berkatilah… berkatilah… berkatilah usaha kami ya Allah. Makbulkanlah hajat kami ya Allah untuk menyatukan seluruh ummah, untuk menyatukan seluruh hati kami ya Allah, seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira agama dan kaum ya Allah.

Ya Allah ya Tuhan kami, kami mohon pada Mu ya Allah, berikanlah kemenangan calon kami di Tanjung Piai ini, bukakanlah hati-hati pengundi kami ya Allah, luaskanlah fikiran mereka dan permudahkanlah tangan-tangan mereka untuk memilih calon kami ya Allah.

Ya Allah ya Tuhan kami mohon kepada Mu ya Allah ke atas mereka terbuka melihat bahawa kebenaran memihak kami dan kami melakukan kebenaran untuk Mu ya Allah. Ya Allah ya Tuhan kami, berkanlah… berikanlah … berikanlah kemenangan kepada kami sesungguhnya dengan Muafakat Nasional ini demi kerangkuman hati-hati kami, demi penyatuan ummah ini untuk menghantar risalah yang Engkau sampaikan ya Allah demi untuk kerangkuman seluruh rakyat demi Mu ya Allah, ya Izzati ya Razzaq, engkau perkenankanlah, engkau perkenankanlah demi rakyat yang ditindas demi rakyat yang mahu lihat kami bangkit bersama mereka.

Hanya kepada Mu kami memohon pertolongan, hanya kepada Mu kami mohon bantuan dan hanya kepada Mu kami mohon kemenangan kepada calon kami. Hanya kepada Mu kami berdoa dan meminta. Perkenanlah doa kami ya Allah.

Amin Ya Rabbal Alamin – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.