Muafakat Nasional Solidariti Bersama, Bukan Parti Yang Perlu Jadi Ahli – Wee Ka Siong

 

KUALA LUMPUR, 13 Nov – Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong membidas mana-mana pihak yang cuba mempertikaikan dukungan MCA terhadap Muafakat Nasional.

Jelas beliau, ini adalah satu semangat tidak kira atas nama apa sekalipun.

“Apa itu ahli Muafakat Nasional? Kita mendukung solidariti pembangkang… itu adalah satu semangat yang didukung, Muafakat Nasional bukan satu parti….

“Muafakat Nasional ialah satu konsep kita bersama-sama dan kita mencapai kata sepakat atas kepentingan bersama rakyat sejagat. Apa masalahnya?

“Boleh tanya soalan perangkap apa sekalipun… boleh tanya… saya jawab… saya selaku Presiden MCA tahu apa yang kami sama-sama nak capai,” tegas beliau kepada media ketika ditanya adakah MCA ahli Muafakat Nasional.

Tambah Wee, semangat Muafakat Nasional ini sama seperti Muafakat Johor, ia bukan satu parti yang perlukan pendaftaran dan menjadi ahli.

“Tolonglah… saya sudah kata bnyak kali, kita menyokong atas nama solidariti pembangkang atau atas nama Muafakat Nasional atau Muafakat Johor, semua itu atas kerangka kerajaan persekutuan dan mendukung kepelbagaian serta kesederhanaan.

“Ini soal semangat… tak kira atas nama apapun ia tetap atas semangat bersama…. Janganlah cuba kelirukan rakyat,” bidas beliau lagi. – UMNO ONLINE