Dendam, Bermuslihat, Rasis… Guan Eng Hentam Penjawat Dalam Bahasa Mandarin
KUALA LUMPUR, 13 Nov – Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi membidas Menteri Kewangan yang juga Setiausaha Agung Dap, Lim Guan Eng ekoran menghentam penjawat awam dalam bahasa Mandarin yang membuktikan Guan Eng berdendam, bermuslihat dan rasis.
Katanya, dalam ceramahnya dua malam lalu dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai, Guang Eng mengutuk sehabis-habisnya penjawat awam untuk meraih sokongan orang Cina.
“Dia menuduh penjawat awam berfikiran bebas dan tidak sealiran dengan Pakatan Harapan (PH), seolah-olah penjawat awam punca PH gagal menunaikan janji 100 hari.
“Lebih teruk Guan Eng cuba meniup kemarahan pengundi bila mengatakan ‘Kamu (pengundi) mesti ada pengalaman buruk dengan penjawat awam. Ada Tak? Ada tak? Ada kan?’ Guan Eng jawab sendiri bila pengundi tidak memberi ‘respond’,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Tegas Dr Mohd Puad yang juga bekas Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), baru memerintah bukan alasan.
“Penjawat awam bukan bodoh untuk menilai. Mereka juga tahu membuat perbandingan. Mereka juga bukan setia membantu buta. Menaikkan gred secara melampau orang orang luar yang di bawa masuk sebagai Pegawai Khas menampakkan kerakusan Menteri Menteri PH.
“Menghentam penjawat awam dalam Bahasa Mandarin, membuktikan Guan Eng berdendam, bermuslihat dan rasis. Pengundi penjawat awam Tanjung Piai kena tolak PH,” katanya lagi. – UMNO ONLINE