Alumni MBM Sokong Ketegasan Presiden UMNO

JOHOR BAHRU, 1 Nov – Pengerusi Alumni Majlis Belia Malaysia (MBM) Negeri Johor, Abdul Halim Abdul Razak mengucapkan syabas dan tahniah kepada Presiden UMNO yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi atas ketegasan serta keberanian meletakkan calon MCA, Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng bertanding di Pilihan Raya Kecil (PRK) P165 Parlimen Tanjung Piai.

Katanya, ini terbukti UMNO adalah sebuah parti yang berjiwa besar dan mempunyai kewibawaan.

“Kita faham atas tuntutan mahukan calon UMNO bertanding. Biarpun begitu atas semangat Muafakat Nasional, UMNO membuktikan kepada rakyat realiti sebenarnya.

“Kita berharap agar MCA menghargai keputusan bijak ini dan berharap Parti MCA bekerja bersungguh-sungguh meningkatkan sokongan rakyat terutama pengundi Cina kepada BN,” katanya dalam satu kenyataan.

Seterusnya ulas abdul Halim, ia juga bagi membuktikan MCA menghargai apa yang UMNO telah usahakan.

Tambahnya lagi, sebagai sebuah badan bukan kerajaan (NGO), Alumni MBM Johor akan membantu BN mencapai kemenangan.

“Kami juga sebagai NGO akan membantu sedaya mungkin agar BN kembali menang di Tanjung Piai.

“Ayuh semua NGO kita sokong dan bekerja menangkan calon BN,” ujarnya lagi. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.