Pahang Sediakan Lebih 7 Ribu Unit Rumah Makmur Berharga RM80,000

KUANTAN, 25 Okt – Projek Rumah Makmur merupakan lanjutan kepada usaha Kerajaan Negeri menyediakan perumahan mampu milik di bawah PR1MA Pahang.

“Sebagai Kerajaan Negeri yang sentiasa mengambil berat atas kebajikan serta keluh-kesah rakyat, maka Kerajaan Negeri pun memperkenalkan pula projek Rumah Makmur namun jenisnya tidak lagi rumah berkembar setingkat tetapi teres setingkat, dan harganya dengan itu dapat diturunkan kepada cuma RM80,000 seunit,” kata YAB Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail Menteri Besar Pahang.

Setakat 31 Ogos 2019, Kerajaan Negeri telah meluluskan 21 projek dengan 7,088 unit Rumah Makmur, yang meliputi tujuh daerah iaitu Kuantan, Temerloh, Bera, Maran, Jerantut, Lipis dan Rompin.

“Bagi daerah-daerah lain iaitu Bentong, Cameron Highlands, Pekan dan Raub, In Sya Allah, projek Rumah Makmur yang sama akan dimajukan juga kelak, demi manfaat penduduk-penduduk yang memerlukan di daerah-daerah ini.

Bagi daerah-daerah ini saya berharap, penduduknya dapat bersabar, yang lambat-laun projek Rumah Makmur ini akan turut diadakan di sana,” katanya lagi. – Facebook Kerajaan Negeri Pahang

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.