Rendahkan Harga Rumah Untuk Warga Asing: Menteri PH Masing-masing Lepaskan Tanggungjawab

KUALA LUMPUR, 14 Okt – Pelik sungguh kerajaan Pakatan Harapan (PH), antara menteri semacam tiada komunikasi, bidas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Katanya, bagaimana PH boleh mengumumkan satu dasar penting yang boleh memberikan kesan kepada kedaulatan negara, tetapi tidak dibincangkan secara tuntas.

“Setelah menerima kritikan hebat daripada rakyat mengenai dasar baru kerajaan PH melalui pembentangan #Belanjawan2020 yang mahu menurunkan lagi nilai ambang (minimum price) bagi hartanah jenis kondominium dan pangsapuri di kawasan bandar dari RM1 juta kepada RM600 ribu bagi mempermudahkan lagi pemilikan asing terhadap hartanah dalam negara, masing-masing mula melepaskan tanggungjawab dan mendakwa tidak pernah dibawa berbincang.

“Apa kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng? Soalnya dalam satu hantaran di Facebook.

Dalam media sosialnya itu juga, Dr Asyraf meninggalkan tanda pagar #KerajaanSepenggal.

Dr Asyraf mengulas mengenai maklumbalas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin yang mengatakan isu penurunan harga minimum rumah untuk warga asing bukan cadangannya tetapi dari kementerian kewangan dan bersedia berbincang dengan kementerian itu jika perlu, sebagaimana laporan sebuah portal.

Jumaat lalu, Guan Eng yang juga Setiausaha Agung Dap membentangkan Belanjawan 2020 di Dewan Rakyat. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.