Belanjawan 2020 Tiada Faktor Mesra Rakyat, Hanya ‘Copy Paste’

KUALA LUMPUR, 12 Okt – Ahli Parlimen Tanjung Karang Tan Sri Noh Omar berkata, Belanjawan 2020 yang dibentangkan oleh kerajaan pimpinan Pakatan Harapan (PH) tiada faktor mesra rakyat dan hanya menjurus kepada ‘copy paste’.

Jelas beliau, lebih mengecewakan bilamana langsung tidak disentuh berkaitan rumah PPR untuk golongan tidak berkemampuan.

“Dulu masa saya jadi Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), kerajaan di bawah pimpinan Datuk Seri Najib beri saya RM200 juta di bawah Tabung Penyelenggaraan 1Malaysia (TP1M) tapi sekarang hanya RM100 juta.

“Rumah PPR pula, tidak sebut langsung. Sudah setahun setengah mereka memerintah tapi tidak ada satu pun yang baru… perancangan itu ada tapi pelaksanaan gagal. Rumah ini penting,” ujar beliau kepada UMNO-Online.

Tambah Noh, Belanjawan 2020 lebih mementingkan orang asing, kerana itulah harga rumah untuk orang asing diturunkan daripada RM1 juta kepada RM600 ribu.

“Ini akan beri ruang kepada orang asing… akhirnya rumah yang dibuat hanya untuk orang asing dan bukan untuk rakyat sendiri.

“Untuk orang tempatan hanya ‘rent to own’. Program ini kita yang perkenalkan dulu tapi saya alu-alukanlah mereka ‘copy’,” ujar beliau. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.