Bajet 2020 Tiada Apa Yang Boleh Dibanggakan – Norhiesam
KUALA LUMPUR, 12 Okt – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Nibong Tebal, Mohd Norhiesam Ismail berkata Bajet 2020 kerajaan Pakatan Harapan (PH) tiada apa yang perlu dibanggakan.
Menurutnya, jelas bantuan besar serta membantu kos sara hidup rakyat masih tidak dipedulikan.
“Saya yakin kerajaan akan terus jual aset dan meminjam lagi kerana defisit bajet adalah 3.2%.
“Kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini jelas lebih baik dan bijak mengurus kerana belanjawan dibuat adalah berdasarkan denyut nadi rakyat,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Berikut merupakan ulasan Norhiesam mengenai Bajet 2020 yang dibentangkan semalam oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang juga Setiausaha Agung Dap di Dewan Rakyat.
1. Belanjawan yang lebih mirip meniru dan meneruskan Kerajaan BN sebelum ini.
2. Tiada apa yang istimewa.
3. Janji manifesto tetap tidak ditunaikan spt penghapusan tol di Jambatan Pulau Pinang dan Jambatan Kedua hanya menurunkan kadar sahaja. Patut hapuskanlah tol.
4. Paling mengecewakan rakyat pemilikan hartanah warga asing kalau dulu RM1 juta tetapi sekarang RM600,000 sudah boleh dimiliki oleh warga asing. Apa nasib penduduk dan warganegara Malaysia setelah begitu mudah boleh dimiliki oleh warga asing. Kerajaan PH ada agenda tersembunyi???
5. Tiada apa yang jelas untuk bajet anak muda di Malaysia serta tidak diperincikan. BRIM (kini BSH) untuk anak muda terus dipinggirkan.
6. Persoalan terhadap perlaksanaan Program Sarapan Pagi Kementerian Pendidikan yang diumumkan oleh Dr Maszlee sebanyak RM 1.67 billion jadi atau tidak. Tidak juga disebut dalam
bajet.
7. Pengumuman terhadap bantuan kepada Program Keusahawanan jelas tidak adil dan menjadi netizen dalam media massa setakat ini bila peruntukan kepada bumiputera RM 50 juta, India 20 juta tetapi Cina sebanyak RM 100 juta.
8. Cas kesesakan diperkenalkan dan potongan diskaun 30% waktu bukan puncak diperkenalkan. Untuk apa diskaun dikurangkan ketika tiada kenderaan pada waktu bukan puncak. Sepatutnya untuk bantu rakyat diskaun pada waktu kemuncak.
9. Gaji minimum RM1200 tetapi hanya terhad untuk mereka yang di kawasan bandar. Siapa di kawasan bandar ini? Kenapa mereka terlalu istimewa? Mereka yang menetap di luar bandar ini tiada keperluan harian ke seperti mereka di bandar.
10. Malaysiakerja ini dilakukan dengan pemberian insentif RM500 sebulan kepada graduan dengan dikreditkan ke dalam akaun KWSP. Bermakna tiada kuasa membelilah dengan RM500 ini. Bagus tapi ‘a bit sceptical’ dengan polisi ini. – UMNO ONLINE