Syabas PDRM, Jangan Berkompromi Dengan Keselamatan Dan Keamanan Negara – Dr Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 10 Okt . – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan tahniah kepada Polis DiRaja Malaysia (PDRM) yang tidak berkompromi dengan keselamatan dan keamanan negara.

“Syabas dan tahniah kepada PDRM atas penangkapan individu yang dikaitkan dengan kegaganasan. Moga PDRM terus bertegas dan tidak berkompromi tentang keselamatan negara dan keamanan Negara.

“Kita mengharapkan PDRM menyiasat hingga ke akar umbi rangkaian individu yang dikaitkan dengan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) ini tanpa prejudis,” katanya dalam kenyataan ringkas berkaitan tindakan PDRM hari ini.

Dilaporkan, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Pengganas (E8) Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay hari ini berkata dua ADUN dari Melaka dan Negeri Sembilan antara tujuh individu ditahan polis selepas dipercayai terbabit dengan kumpulan pengganas LTTE.

Mereka yang ditahan polis adalah ADUN Seremban Jaya, Gunasekaren Palasamy yang merupakan Timbalan Pengerusi Dap Negeri Sembilan, manakala seorang lagi, ADUN Gadek, Saminathan Ganesan, juga EXCO Kerajaan Negeri Melaka (portfolio Perpaduan, Sumber Manusia dan Hal Ehwal Pengguna) yang juga Setiausaha Organisasi Dap Melaka dan Ketua Dapsy Melaka. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.