Kerajaan ‘Cakap Tak Serupa Bikin’, PH Satu Sen Tak Boleh Pakai – Zahida


KUALA LUMPUR, 9 Okt – Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan membidas kerajaan hari ini yang ‘cakap tak serupa bikin’ lantaran pelbagai janji Pakatan Harapan (PH) tidak tertunai termasuklah menurunkan harga minyak di bawah RM1.50.

Sindir beliau, kalau dulu PH ada pakar kira-kira, kritik BR1M konon hanya beberapa ringgit sehari, pakar formula dan banyak lagi tapi hari ini dia mana… sembunyi dalam gua?

“’Menang Putrajaya, harga minyak turun RM1.50. Saya ulang…,’ macam pernah dengar je ayat dalam ceramah tu kan?” katanya dalam hantaran di media sosialnya hari ini.

Dilaporkan, baru-baru ini Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memaklumkan kategori motosikal yang layak menerima Program Subsidi Petrol (PSP) ialah motosikal 150cc dan ke bawah dan motosikal melebihi 150cc yang berusia tujuh tahun dan ke atas pada kadar subsidi RM30 sebulan bagi kereta dan RM12 sebulan bagi motosikal membabitkan seramai 2.86 juta penerima.

“Subsidi petrol motosikal yang baru diumum, RM144 setahun… RM12 sebulan, hanya 40 sen sehari. Apa kata golongan B40, golongan bujang yang menunggang motor pergi balik kerja setiap hari?

“Apa pula kata ‘rider’ Foodpanda dan GrabFood, DahMakan, dan sebagainya? Adakah suara anak muda didengari?

“Ya kita faham konsep subsidi untuk kurangkan beban, tapi adakah itu yang rakyat mahu?” soal beliau.

Tegasnya lagi, kerajaan hari ini ‘cakap tak serupa bikin’, dulu janji manis kepada anak muda, hari ini mereka ditekan teruk.
“PH satu sen pun tak boleh pakai.” – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.