Pinda RUU: PH Kaki Fitnah, Kaki Pembohong Dan Kaki Sebar Berita Palsu – Noh

KUALA LUMPUR 8 Okt – Ahli Parlimen Tanjung Karang, Tan Sri Noh Omar berkata ahli-ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) sebenarnya tidak mahu menerima hakikat bahawa mereka selalu membuat kenyataan-kenyataan tidak benar dan mengelirukan rakyat.

Jelas beliau, kerajaan PH selalu membuat sesuatu keputusan tanpa perancangan kerana jika PH pandai maka mengapa perlu membawa pindaan undang-undang tergesa-gesa sedangkan mereka (PH) maklum di Dewan Negara majoritinya dari Barisan Nasional (BN).

“Kaki fitnah, kaki pembohong, kaki sebar berita palsu kebanyakannya adalah kerajaan yang dahulunya pembangkang. Budaya pembangkang dibawa sehingga hari ini.

“Bila tidak berjaya hendak salahkan orang, memang undang-undang ini kita tidak akan sokong kerana ia memberi manfaat pada PH.

“Kerajaan PH adalah kerajaan yang caca-marba, yang tiada kualiti tanggungjawab kerana kerajaan ‘tidur sebantal mimpi lain-lain,” katanya kepada media di lobi Parlimen, hari ini, di sini.

Bidasnya lagi, cuba lihat akta-akta yang dibuat untuk golongan belia, menteri dan pimpinan tertinggi PH pun tidak setuju definisi belia yang dibuat.

“Hakikatnya ahli Parlimen dalam PH tidak mahu menerima bahawa mereka ada yang membuat kenyatan-kenyataan tidak benar. Jawatankuasa yang dibuat hanyalah memerangi fitnah UMNO dan PAS.

“Kalau ia buat kenyataan tidak benar, maka ia boleh saman dan mengatakan penubuhan jawatankuasa hanya untuk Dap sahaja. Kalau ada undang-undang baru adakah mereka akan sokong walaupun undang-undangnya lain tetapi matlamat tetap sama?”

Soalnya, untuk memerangi berita palsu ini adakah mereka akan setuju atau tidak.

“Adakah Dap ini tidak boleh ikut undang-undang? Adakah ini hanya satu jawatankuasa sahaja?” soalnya lagi. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.