Rizab Antarabangsa BNM Susut

KUALA LUMPUR, 7 Okt — Rizab Antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) susut kepada US$103.0 bilion menjelang 30 Sept daripada US$103.5 bilion yang direkodkan pada 13 Sept 2019.

BNM dalam satu kenyataan berkata kedudukan rizab adalah mencukupi untuk membiayai 7.6 bulan import tertunggak dan 1.1 kali jumlah hutang luar jangka pendek.

Komponen utama rizab itu terdiri daripada rizab simpanan mata wang asing berjumlah US$96.7 bilion, kedudukan rizab Dana Kewangan Antarabangsa (US$1.1 bilion), Hak Pengeluaran Khas (SDR) (US $1.1 bilion), emas (US$1.9 bilion) dan rizab lain (US$2.2 bilion).

Katanya, aset meliputi emas dan tukaran asing serta rizab lain termasuk SDR berjumlah RM431.27 bilion, kertas Kerajaan Malaysia (RM2.41 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM334.96 juta), pinjaman dan pendahuluan (RM6.83 bilion), tanah dan bangunan (RM4.16 bilion) serta aset-aset lain (RM 14.24 bilion).

Modal dan liabiliti merangkumi modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM142.16 bilion), mata wang dalam edaran (RM109.12 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM161.11 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM13.57 bilion), deposit lain (RM1.10 bilion), Kertas Bank Negara (RM60 bilion), peruntukan SDR (RM7.68 bilion) termasuk liabiliti lain (RM2.78 bilion). – BERNAMA

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.