BN, UMNO Tiada Kuasa Halang Salleh Said Keruak

KUALA LUMPUR 7 Okt. – Barisan Nasional (BN) atau UMNO tidak mempunyai sebarang kuasa untuk menghalang mana-mana bekas ahlinya menyertai parti lain.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, hal itu termasuk dalam insiden yang berlaku terhadap bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk
Seri Dr. Salleh Said Keruak menganggotai PKR, baru-baru ini.

“Bebas untuk sesiapa nak menyertai parti apa pun. Dia pun dah keluar dari UMNO

“Bila dah keluar, bukan kuasa kita untuk tentukan ke mana dia nak pergi. Terserah kepada Salleh,” katanya kepada pemberita di lobI Parlimen, hari ini.
Beliau diminta mengulas mengenai semakan status pemohon PKR, permohonan Salleh Said itu diluluskan dan beliau kini berdaftar sebagai ahli parti bagi cabang Kota Belud.

Semalam, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan pihaknya belum lagi mempertimbangkan permohonan bekas Ahli Parlimen Kota Belud itu. – UTUSAN ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.