‘Nga Kor Ming Super Fans Page’ Biadap Terhadap DYMM Sultan Selangor, Jelas Niat Jahat


KUALA LUMPUR, 6 Okt. – Rakyat Negeri Selangor khususnya orang Melayu telah dikejutkan dengan hantaran facebook ‘Nga Kor Ming Super Fans Page’ yang jelas dengan niat jahat telah menghasut dan menghina institusi Raja seolah-olah mempersoal atau mempertikai Titah DYMM Tuanku Sultan Selangor berkenaan isu papan tanda jalan dwibahasa.

Sehubungan itu Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Selangor yakin bahawa laporan polis yang dibuat sendiri oleh pengiring kepada DYMM Tuanku Sultan Selangor berkenaan isu ini menunjukkan bahawa perkara ini adalah serius sehingga membawa kepada kemurkaan DYMM Tuanku.

“Sekiranya benar kenyataan ini, saya selaku Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Selangor bersama Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Selangor menggesa agar pihak polis dapat meneruskan siasatan dengan lebih terperinci dan segera mengambil tindakan yang tegas terhadap mereka yang terlibat,” kata ketuanya Rizam Ismail.

Kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tawar itu, ini adalah sesuatu yang serius dan tidak sepatutnya berlaku kerana ia adalah isu sensitif yang melibatkan penghinaan terhadap Institusi Raja-Raja Melayu yang telah dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia, Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor 1959 dan Rukun Negara. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.