UMNO Rakam Takziah, Bapa Jamil Khir Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR, 5 Okt – Seluruh kepimpinan UMNO dan ahli merakamkan ucapan takziah kepada Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Jamil Khir Baharom atas kembalinya ke rahmatullah ayahanda beliau pagi tadi.

Dimaklumkan jenazah Allahyarham berada di Kuala Lumpur dan akan dikebumikan selepas Zohor.

Semoga roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.