PRK Tanjung Piai Tambah Senarai Panjang Penipuan Dan Hipokrasi PH


TENGGARA, 3 Okt – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Panti, Hahasrin Hashim berkata, Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai menambah senarai panjang penipuan dan hipokrasi Pakatan Harapan (PH).

Jelas beliau, semasa PH menjadi pembangkang mereka memperjuangkan pilihan raya yang penuh demokrasi tetapi apabila sudah berkuasa perkara sebaliknya yang berlaku.

“Dengan jentera dan kuasa di tangan, sudah pasti mereka akan melakukan perkara yang berpihak kepada mereka walaupun ia melanggari segala janji yang diungkapkan.

“Kini rakyat dapat melihat dengan jelas bagaimana PH memanipulasi semua perkara termasuklah urusan pilihan raya.

“Kononnya semasa pentadbiran Barisan Nasional (BN), pilihan raya tidak diadakan dengan telus tetapi kini selepas mereka berkuasa, merekalah yang tidak telus dan penuh hipokrasi,” ujar beliau kepada UMNO-Online.

Tambah Hahasrin, kepercayaan rakyat yang tinggi kepada PH sebenarnya telah mula terhakis apatah lagi melihat tarikh yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi PRK Tanjung Piai.

“Walaupun SPR menafikan sekeras-kerasnya pihaknya mempunyai niat tidak baik memilih 16 November sebagai hari mengundi PRK Parlimen Tanjung Piai, iaitu hari yang dikatakan bertembung dengan Perhimpunan Agung UMNO namun rakyat dapat melihat bagaimana mereka menggunakan kuasa yang ada bagi memberi tekanan kepada BN.

“Secara tidak langsung SPR mencatat sejarah tersendiri apabila mengambil masa 40 hari untuk mengadakan PRK kali ini.

“Namun saya percaya, walau apapun muslihat dan tekanan yang diberikan, BN akan terus melakukan yang terbaik dan rakyat juga akan bijak memilih kerana rakyat tidak mahu terus ditipu lagi,” tegas beliau.

PRK Tanjung Piai perlu diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Dr Md Farid Md Rafiq, 42, yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 21 September lalu berikutan komplikasi jantung.

Berikut adalah beberapa fakta mengenai tempoh selang masa sesebuah PRK diadakan, pasca Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

PRK DUN Sungai Kandis

Tarikh kosong – 2 Julai 2018
Tarikh SPR terima notis kekosongan – 3 Julai 2018
Tarikh SPR mesyuarat – 9 Julai
Tarikh umum penamaan calon dan PRK – 21 Julai 2018
Beza hari SPR bermesyuarat dan penamaan calon – 18 hari.

PRK DUN Balakong

Tarikh kosong – 20 Julai 2018
Tarikh SPR terima notis kekosongan – 27 Julai 2018
Tarikh SPR mesyuarat – 30 Julai 2018
Tarikh umum penamaan calon dan PRK – 8 September 2018
Beza hari SPR bermesyuarat dan penamaan calon – 12 hari.

PRK DUN Seri Setia

Tarikh kosong – 2 Ogos 2018
Tarikh SPR terima notis kekosongan – 3 Ogos 2018
Tarikh SPR bermesyuarat – 8 Ogos 2018
Tarikh penamaan calon – 18 Ogos 2018
Beza hari SPR bermesyuarat dan penamaan calon – 15 hari.

PRK Parlimen Cameron Higland

Tarikh SPR umum kekosongan – 15 Disember 2018
Tarikh SPR bermesyuarat – 19 Disember 2019
Tarikh penamaan calon – 12 Januari 2018
Beza hari SPR bermesyuarat dan penamaan calon – 28 hari.

PRK DUN Semenyih

Tarikh kosong – 11 Januari 2019
Tarikh SPR terima notis Kekosongan – 15 Januari 2019
Tarikh SPR Bermesyuarat – 18 Januari 2019
Tarikh penamaan calon – 16 Februari 2019
Beza hari SPR bermesyuarat dan penamaan calon – 32 hari.

PRK DUN Rantau

Tarikh SPR umum kekosongan – 26 Februari 2019
Tarikh SPR bermesyuarat – 6 Mac 2019
Tarikh penamaan calon – 30 Mac 2019
Beza hari SPR bermesyuarat dan penamaan calon – 32 hari.

PRK Parlimen Sandakan

Tarikh kosong – 28 Mac 2019
Tarikh SPR terima notis kekosongan -1 April 2019
Tarikh SPR bermesyuarat – 5 april 2019
Tarikh penamaan calon – 27 April 2019
Beza hari SPR bermesyuarat dan penamaan calon – 26 hari.

PRK Parlimen Tanjung Piai

Tarikh kosong – 21 September 2019
Tarikh SPR terima notis kekosongan -23 September 2019
Tarikh SPR bermesyuarat – 1 Oktober 2019
Tarikh penamaan calon – 2 November 2019
Beza hari SPR bermesyuarat dan penamaan calon – 40 hari.UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.