ABCD…GST – Najib

KUALA LUMPUR 3 Okt. – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi reaksi ringkas, namun cukup menyindir kerajaan Pakatan Harapan (PH) berikutan kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang sedia mengkaji semula pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST).

Sindiran itu seolah-olah ditujukan kepada Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang sebelum ini popular apabila tersebar video beliau menyanyikan lagu kanak-kanak, ABC yang diselitkan dengan sebutan GST sebelum kerajaan bertukar.

“ABCD…GST,” menurut Najib dalam akaun Twitter beliau hari ini.

Hari ini, Dr. Mahathir berkata kerajaan sedia kaji semula pelaksanaan GST apabila ditanya pemberita dalam satu majlis untuk mengulas saranan Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) supaya memperkenalkan semula cukai tersebut pada kadar lebih rendah iaitu tiga peratus dalam Belanjawan 2020.

“Kalau itu kehendak rakyat, kita akan kaji sama ada lebih baik daripada SST,” ujar Perdana Menteri seperti yang dilaporkan oleh media secara meluas.

GST diperkenalkan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) bermula 1 April 2015 pada kadar enam peratus, namun dihapuskan oleh kerajaan PH selepas menang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). – UTUSAN ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.