UMNO Merafak Sembah Takziah Kepada Kerabat DiRaja Kelantan

KUALA LUMPUR, 28 Sept. – Presiden UMNO bersama barisan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) dan seluruh kepimpinan UMNO serta ahli merafak sembah takziah kepada kerabat Diraja Kelantan atas kemangkatan ayahanda Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra mangkat di Wad Diraja Hospital Raja Perempaun Zainab II di sini pada pukul 8.11 pagi ini.

Pengumuman kemangkatan Baginda itu dibuat oleh Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob di Kota Darul Naim di sini.

Beliau berkata, jenazah Baginda akan dibawa ke Istana Balai Besar di sini untuk istiadat penghormatan terakhir dan istiadat pemakaman akan dilangsungkan selepas solat Asar di Makam Diraja Langgar di sini.  – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.