Piagam Muafakat Nasional Kedah Dilancar, Perkemas Gerak Kerja Ke Akar Umbi

ALOR Setar, 28 Sept – UMNO dan PAS Kedah hari ini melancarkan Resolusi Piagam Muafakat Nasional peringkat negeri berkenaan yang akan menjadi teras serta dalam usaha memperkasakan lagi Ta’awun Siyasi antara kedua-dua parti tersebut.

Bertempat di Dewan Utama TH Hotel, Piagam tersebut dibacakan bersama oleh Setiausaha Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Hashim Jahaya dan Setiausaha PAS Kedah, Ust Musoddak Ahmad dan kemudiannya diserahkan kepada kedua-dua Presiden parti, Datuk Seri Dr Ahmad ZAhid Hamidi dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Antara lain resolusi itu menyebut mengukuh dan mempertahankan keluhuran Perlembagaan Persekutuan serta Undang-Undang Tubuh kerajaan negeri selaras dengan Muafakat Nasional.

Selain itu, ianya turut menawarkan tadbir urus negeri yang baik dengan memperkasakan nilai integriti dan dasar pembangunan inklusif secara menyeluruh.

Ribuan pendukung serta penyokong kedua-dua parti memenuhi pekarangan dewan berkenaan yang turut disediakan skrin layar oleh pihak urus setia bagi mereka yang tidak dapat memasuki dewan persidangan.

14 september lalu tercatat sejarah yang cukup besar apabila UMNO dan PAS mengisytiharkan pembentukan Muafakat Nasional yang membawa agenda penyatuan ummah bagi mensejahterakan Malaysia yang majmuk.

Piagam berkenaan ditandatangani oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan PAS pula diwakili oleh Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sejurus selesai ucapan kedua-dua presiden parti berkenaan di Dewan Merdeka pada Himpunan Penyatuan Ummah hari ini. SUA UMNO dan PAS menjadi saksi kepada majlis tandatangan berkenaan.

Berikut kandungan Resolusi Piagam Muafakat Nasional peringkat negeri Kedah.

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.