Rakyat Mahukan Keadilan, Memang Ada Campur Tangan Kes Adib

SHAH ALAM, 27 Sept – Bekas Setiausaha Akhbar Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Ahmad Soffian Mohd Shariff berkata kes yang melibatkan Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim memang ada campur tangan dari pihak luar.

Katanya, Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas telah mengarahkan agar membatalkan lantikan peguam Syazlin Mansor dalam inkues kematian Muhammad Adib walaupun kes tersebut telah berada diakhir penghujung inkues yang menimbulkan pelbagai persoalan dan kemudiannya dilanjutkan semula.

“Isteri saya dilantik sebagai peguam pemerhati untuk KPKT bagi kes bunuh, tapi ada pihak tertentu mengatakan ianya bukan kes bunuh, kes ini adalah kes lain dan kami tidak berpuas hati dengan kes itu.

“Ada pihak tertentu yang cuba campur tangan dan satu ketika dipenghujung inkues, KPKT mendapat surat dari Peguam Negara dan menggariskan empat perkara dan salah satunya isteri saya perlu digugurkan dalam kes dan tidak boleh mewakili KPKT,” ucapnya di Surau Al-Hijrah, malam tadi.

Ujarnya, dalam kes Adib ini nyata memang ada campur tangan dan memang ada prima facie yang cuba mewujudkan satu situasi yang boleh menjadikan ‘scandalize’.

Terdahulu, penduduk setempat bersama pergerakan Pemuda UMNO Selangor dan Pemuda UMNO Bahagian Shah Alam hadir dalam majlis bacaan Yasin dan solat hajat di sini.

Prosiding inkues berhubung kematian Muhammad Adib bermula 11 Feb lepas dengan 30 saksi dipanggil untuk memberi keterangan termasuk beberapa saksi pakar sebelum prosiding inkues ditutup pada 24 Julai lepas.

Muhammad Adib, 24, yang juga anggota van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan EMRS Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, parah dalam rusuhan ketika kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 Nov tahun lepas.

Selepas 21 hari bertarung nyawa, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 17 Dis lepas di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur.

Pada 16 Julai lalu, bapa Allahyarham Adib, Mohd Kassim memfailkan permohonan perintah komital terhadap Peguam Negara, Tommy Thomas kerana menghina mahkamah berkaitan proses inkuiri kematian anaknya. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.