Dah 16 Bulan PH Jadi Kerajaan, Apa Cerita Janji KWSP Kepada Suri Rumah?


KUALA LUMPUR, 27 Sept – Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan mempersoalkan mana janji kerajaan Pakatan Harapan (PH) kepada suri rumah untuk membayar KWSP sebanyak dua peratus dari gaji suami dan RM50 dari dana kerajaan?

Katanya, sekarang sudah 16 bulan memerintah dan jawapan kerajaan PH mereka sedang mengkaji.

“16 bulan dan masih mengkaji? Masih nak guna alasan ‘hari ni kahwin takkan esok dah dapat anak’?

“Jikalau suri rumah yang baru berkahwin ketika kerajaan PH mengambil alih kuasa pada Mei 2018 dulu besar kemungkinan sebahagian mereka telah pun mempunyai anak dan dah habis pantang pun,” katanya dalam satu kenyataan yang disisrkan menerusi media sosial beliau.

Tegas beliau lagi, jangan kita lupa!

“Rakyat terus menuntut janji-janji manis yang ditabur PH yang mengakibatkan rakyat terpedaya dan tertipu dulu,” katanya.

Antara janji PH ketika kempen Pilihan Raya Umum ke-14 lalu ialah memperkenalkan skim caruman KWSP untuk suri rumah yang merupakan antara 10 janji yang perlu dipenuhi dalam tempoh 100 hari kerajaan PH memerintah.

Selepas kemenangan dalam PRU tahun lalu, Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dipetik berkata, kerajaan PH komited menunaikan janji namun perlu menentukan mekanisme seperti siapa yang layak dan bagaimana kaedah untuk diberikan kerana caruman dua peratus adalah daripada gaji suami dan kita ada pengiraan kalau (suami ada) isteri satu, dua atau tiga, kalaulah yang Islam, namun sehingga kini masih belum dilaksana. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.