Muafakat Nasional Lancarkan Gerak Kerja, Manfaat Untuk Semua Bangsa – Fadzmel

KUALA LUMPUR 25 Sept – Exco Pemuda UMNO Malaysia, Fadzmel Fadzil berkata, pemeteraian Piagam Muafakat Nasional mula meresap ke akar umbi dengan mendapat sokongan dari rakyat yang tentunya akan memberi manfaat bukan sahaja kepada perpaduan bangsa Melayu tetapi juga kepada keharmonian semua kaum yang ada di negara ini.

Jelas beliau, piagam ini memberi satu sinar baru dan harapan kepada majoriti rakyat Malaysia yang telah hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap kerajaan Pakatan Harapan (PH) ekoran kesejahteraan dan perpaduan tercalar sejak mereka memerintah.

“Perpaduan yang terjalin sekian lama kian luntur kerana pelbagai kenyataan dan tindakan oleh pemimpin PH seakan mereka sengaja cuba memecah-belahkan keharmonian serta kesejahteraan yang dicapai selama ini.

“Harapan besar diletakkan di atas penyatuan UMNO-PAS dengan Muafakat Nasional menjadi platform yang akan memberi pulangan kepada sebuah penyatuan lebih besar untuk membawa negara ini ke arah yang lebih baik,” katanya kepada UMNO-Online di sini.

Menurut Fadzmel lagi, Muafakat Nasional ini bukan hanya memberi satu anjakan paradigma kepada umat  Melayu dan Islam di negara ini tetapi juga memberi impak positif kepada rakyat keseluruhan.

“Formula Muafakat Nasional ini akan menjadi titik tolak kepada penyatuan bersama kaum dan bangsa lain atas asas cintakan negara dan menghormati prinsip-prinsip kerukunan pembinaan negara, ujarnya.”

Katanya, pelbagai gerak kerja dan langkah akan terus disusun rapi agar barisan pembangkang ketika ini dapat melancarkan usaha berterusan di semua peringkat dalam memastikan kemenangan pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 tercapai.

Dilaporkan, antara pemimpin PH yang telah mengeluarkan kenyataan berbaur rasis ialah Menteri Sumber Manusia, M. Kula Segaran menghina Melayu sebagai bangsa pendatang selain Menteri Kewangan, Lim Guan Eng Lim Guan Eng apabila mengeluarkan kenyataan bahawa kerjasama rasmi UMNO-PAS sebagai pengisytiharan perang terhadap orang bukan Melayu dan bukan Islam. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.