Muafakat Nasional Lakaran Masa Hadapan, Ranapkan Kesombongan PH – Rosni

KUALA LUMPUR, 24 Sept – Exco Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Rosni Zahari berkata Muafakat Nasional yang dimeteraikan pada 14 September adalah lakaran masa hadapan yang akhirnya meranapkan ‘kesombongan’ pemimpin Pakatan Harapan ekoran selama ini memandang negatif penyatuan UMNO-PAS.

Katanya, Muafakat Nasional ini sebenarnya mampu membentuk satu pola yang besar sebagai isyarat sangat jelas terhadap ‘kesombongan’ yang memandang rendah penyatuan dan persepakatan yang dibuat oleh duar parti Melayu terbesar negara ini.

“Muafakat Nasional ini sesuatu yang lama kita semua nanti-nantikan, dan apabila ia mnjadi realiti maka tentunya akan dapat berjuang atas landasan yang sama demi agama, bangsa dan negara.

“Dari awal lagi kita dapat rasakan bahawa PH memang tak senang apabila kita merancang nak bekerjasama… mereka mahu kita gagal berpadu malah ada juga yang mahu mengambil kesempatan terhadap muafakat ini,” katanya kepada UMNO-Online di sini.

Tegasnya, dengan adanya satu piagam jelas maka rakyat dapat menilai dan melihat bahawa hala tuju Muafakat Nasional ialah ke arah kebaikan.

“Kita lihat hari ini negara tanpa hala tuju malahan menuju kehancuran, maka sekiranya tidak segera dibendung dengan kesedaran tentunya ia akan lebih parah lagi.”

Ujarnya, Muafakat Nasional ini juga adalah titik tolak kepada penyatuan bersama kaum-kaum lain yang cintakan negara dan menghormati prinsip-prinsip kerukunan yang selama ini menjadi teras kita.

14 Sept lalu tercatat sejarah yang cukup besar apabila UMNO dan PAS mengisytiharkan pembentukan Muafakat Nasional yang membawa agenda penyatuan ummah bagi mensejahterakan Malaysia yang majmuk.

Piagam berkenaan ditandatangani oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan PAS pula diwakili oleh Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sejurus selesai ucapan kedua-dua presiden parti berkenaan di Dewan Merdeka pada Himpunan Penyatuan Ummah. SUA UMNO dan PAS menjadi saksi kepada majlis tandatangan berkenaan. – UMNO ONLINE

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.