Apa Tujuan Jual Aset Negara? Bukannya Boleh Kurangkan Hutang Tetapi Bebankan Ekonomi…
KUALA LUMPUR, 24 Sept – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata baru setahun lebih memerintah negara, tapi dah macam-macam aset dijual sesuka hati oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH).
Ujarnya, langkah menjual aset negara bukannya satu strategi yang menjamin ekonomi akan selamat sebaliknya ia akan mengancam pertumbuhan negara.
“Aset telah dijual tetapi hutang semakin banyak jadi ini menunjukkan hasrat bahawa mengurangkan hutang dengan penjualan aset itu sama sekali tidak tercapai.
“Apakah tujuan Perdana Menteri hendak mengurangkan hutang tetapi ia tidak pernah berlaku hutang berkurangan dan saya hendak tahu berapa banyak jumlah aset yang telah dijual dan berapa nilai ringgit yang telah dijual?
“Rakyat ingin tahu ke mana perginya aset dari Sime Darby, Tabung Haji, Felda Global Ventures, Khazanah dan juga hasrat hendak menjual syarikat MAS kepada Japan Airline,” katanya kepada UMNO-Online.
Ujarnya, perkara ini amat merunsingkan dan rakyat inginkan ketelusan serta kenyataan dari pihak Jabatan Perdana Menteri (JPM) ataupun dari Perdana Menteri itu sendiri.
Menurut Ahmad lagi, jika ia memperolehi keuntungan dari pelaburan itu justeru rakyat tidak akan susah seperti sekarang ini.
“Pada zaman Barisan Nasional (BN) mentadbir bukan main sukar lagi mengumpulkan aset, membina mengambil masa tetapi sekarang mereka menjual sekelip mata.
“Saya pohon agar ketelusan ini dibentangkan di dalam Dewan Rakyat atas segala penjualan-penjualan aset sama ada yang diumum atau yang tidak diumum dan itu yang perlu rakyat tahu,” tegasnya lagi. – UMNO ONLINE