Dap Buat Berita Palsu, Apikan Perkauman… ‘Sampai Bila Guan Eng Nak Henti Berwayang Dan Memfitnah?’ – Nicole
KUALA LUMPUR, 23 Sept – “Sampai bila Menteri Kewayangan, Lim Guan Eng baru nak henti berwayang dan memfitnah? Tempelak Ketua Pemuda MCA, Nicole Wong.
Nicole menimbulkan persoalan tersebut merujuk kepada kenyataan Setiausaha Agung Dap itu semalam ketika hadir Konvensyen Tahunan Dap Negeri Sembilan Ke-20 di Klana Resort, Seremban dengan sekali lagi menggunakan isu boikot produk bukan Islam untuk menyerang MCA.
“Beliau memfitnah MCA bahawa MCA menyokong UMNO dan PAS walaupun kedua parti ini mengadakan kempen boikot tersebut…
“Entah dah berapa kali dah pemimpin PAS dan UMNO telah menafikan mereka sokong boikot barangan bukan Islam, tapi Guan Eng ini macam tak faham,” bidasnya dalam satu hantaran di Facebook.
Tambah Nicole, Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong pada minggu lepas juga telah membidas menteri kewangan itu yang kini popular dengan gelaran menteri kewayangan yang berkata MCA gagal bersuara terhadap dakwaan kempen boikot produk bukan Islam.
“Wee menyoal: “Lim Guan Eng apa hal ini, melenting lagi macam kera kena belacan? Eh kamu macam tak faham bahasa, kena balik sekolah ambil SPM balik. Bahasa Malaysia kamu faham tak?”
“Tetapi LGE semalam sekali lagi menggunakan taktik yang sama untuk menyerang MCA,” tegas Nicole.
Justeru itu kata Nicole, semakin jelas siapakah sebenarnya yang suka mengapi-apikan isu perkauman dan agama serta mendesak pihak kerajaan mengambil tindakan terhadap Guan Eng.
“Jadi, di sinilah sangat ‘clear’ bahawa siapakah yang mengapi-apikan isu perkauman dan isu agama?
“Siapa yang membuat berita palsu? Siapa pembohong?
“Adakah Perdana Menteri Tun M (Tun Mahathir Mohamad) akan ambil tindakan? Menteri Dalam Negeri akan ambil tindakan? Ketua Polis Negara pulak? Soalnya lagi. – UMNO ONLINE