Ahli UMNO Teruskan Bersatu Hati, Rampas Kembali Kerajaan Dari Pemfitnah Dan Penipu


PUTRAJAYA, 23 Sept – Ahli-ahli UMNO digesa untuk terus bersatu hati dalam berdepan pelbagai dugaan dan cabaran bagi memastikan perjuangan parti terus kukuh, tegas Bendahari UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Katanya, semangat untuk kekal bersatu hati amat penting dalam memastikan Putrajaya bukan hanya Parlimennya di tangan UMNO tetapi pentadbiran kerajaan pusat juga kembali kepada Barisan Nasional (BN).

“UMNO Putrajaya mesti kekal bersatu supaya kita dapat rampas balik kerajaan dari mereka yang ada sekarang kerana telah terbukti Pakatan Harapan (PH) menang atas fitnah dan menipu rakyat,” katanya di hadapan lebih 700 warga Putrajaya yang hadir dalam Program Ramah Mesra bersama Ahli Parlimen Putrajaya, semalam.

Beliau yang juga Setiausaha Agung BN merangkap Ahli Parlimen Putrajaya turut menasihatkan rakyat agar tidak termakan dengan fitnah serta dakyah yang sememangnya tidak benar berkaitan UMNO dan BN selama ini.

Dalam masa yang sama, beliau turut merakamkan penghargaan dan berterima kasih kepada penduduk setempat yang telah bersama-sama menjayakan Program Ramah Mesra.

“Kehadiran lebih 700 penduduk adalah sokongan yang sangat bermakna dalam keadaan UMNO dihimpit pelbagai perkara.

“Terima kasih semua, saya amat berbesar hati dengan kehadiran semua dalam majlis ini,” katanya lagi.

Dalam program ini juga turun diadakan majlis cukur jambul dan aqiqah cucu beliau, Tengku Ibrahim Mansor Tengku Iqbal Munawir – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.