Muafakat Nasional Sangat Istimewa, Bukan Hanya Untuk Melayu Islam Tapi Semua – Mat Nadzari
HULU LANGAT 21 Sept – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor, Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahalan berkata kejayaan piagam Muafakat Nasional pada 14 September lalu adalah impak yang kesannya bukan hanya kepada bangsa Melayu dan Islam tetapi rakyat keseluruhannya. amat bersyukur kerana Muafakat Nasional telah berjalan dengan lancar dan penuh harmoni pada .
Katanya, Muafakat Nasional ini adalah majlis yang sangat istimewa untuk menyambung dan melihat orang-orang Melayu ini lebih bersatu dan bermuafakat di samping bangsa-bangsa lain.
“Ia merupakan satu tatacara dan satu kelangsungan apa yang terdapat dalam Perlembagaan dan yang kita hasratkan bagi membolehkan kesatuan ini menjadi lebih baik dan terurus.
“UMNO dan PAS diperingkat kepimpinan bercita-cita besar untuk melihat terutamanya di negari Selangor membuat permuafakatan dan merangka gaya serta coraknya untuk orang Islam dan Melayu di Selangor ini bersama rakyat keseluruhannya,” katanya semasa program ceramah Perpaduan Ummah Peringkat Parlimen Hulu Langat, di sini, malam tadi.
Mat Nadzari menjelaskan di peringkat Negeri Selangor, corak serta gaya permuafakatan ini agak berbeza kerana Selangor mempunyai kemajmukan rakyatnya yang tinggi berbanding dari negeri-negeri lain.
Piagam ini satu ikatan yang membolehkan dan apa yang dicita-citakan di peringkat Negeri Selangor ini akan belaku dan hasilnya memuaskan, jelasnya.
Justeru katanya UMNO dan PAS Selangor sedang merangka perkara–perkara apa yang dikatakan dalam piagam Muafakat Nasional ini dapat dihuraikan dengan baik dan sesuai dengan mottonya.
“Pada peringkat Persekutuan memang kita akan usahakan untuk berjaya dan menang dalam apa-apa juga pelaksanaan … insya Allah.” – UMNO ONLINE