Jangan Lupa Dekati Rakyat, Kenali Pengundi, Wujudkan Strategi Untuk Menang PRU15

HULU LANGAT 21 Sept – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata pendaftaran pengundi baru yang mencapai umur 18 tahun amat penting kerana ia bakal mewarisi kepimpinan dalam negara ini.

Namun behitu, beliau merasa hairan terhadap kerajaan Pakatan Harapan (PH) kerana sewajarnya apabila seseorang itu mencapai umur 18 tahun secara automatik telah didaftarkan sebagai pengundi tetapi seolah-olah PH sengaja memperlambatkan proses pendaftaran ini.

“Mereka (PH) sengaja memperlambat-lambatkan pendaftaran automatik dan mereka tahu jika pendaftaran automatik ini dipercepatkan mereka sukar untuk menang Pilihan Raya Umum (PRU) 15.

“Kenapa perlukan lebih setahun untuk pendaftaran automatik? Sedangkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sudah ada daftar dan juga Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sudah ada daftar, segalanya menggunakan komputer dan ikut kad pengenalan, bukannya dengan cara konvensional.

“Sediakan perpaduan, pengundi, rakyat, media sosial dan berdikari (PPRMB) untuk mewujudkan strategi yang lebih baik untuk menang PRU ke 15,” katanya semasa program ceramah Perpaduan Ummah Peringkat Parlimen Hulu Langat, semalam.

Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian turut menjelaskan perpaduan muafakat ini harus kita teruskan dan kukuhkan dengan formulanya dekati pengundi iaitu tambah pengundi walaupun ada undi automatik tetapi amat penting untuk meneruskan pendaftaran untuk pengundi.

Tambahnya lagi, zaman dulu dan sekarang amat berbeza pendekatannya pada rakyat, namun jangan leka dan lalai kerana pemimpin dan penyokong haruslah merapatkan kembali masyarakat yang kian pudar dan terus memperjuangkannya.

“Rakyat, rakyat … dekati rakyat, bantu rakyat dan memperjuangkan nasib rakyat.

“Dulu kita berperang dengan pedang, dulu kita berperang dengan meriam, sekarang kita berperang dengan telefon pintar, semua ada telefon pintar, kita gunakan senjata yang ada di tangan,” tegasnya lagi – UMNO ONLINE

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.