Zahid Bertemu UMNO Sabah, Teruskan Agenda Perkasakan Parti


KOTA KINABALU, 20 Sept – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi malam ini bertemu dengan barisan kepimpinan UMNO Negeri Sabah di Pejabat Badan Perhubungan UMNO negeri.

Pertemuan yang berlangsung lebih dua jam itu membincangkan agenda pengukuhan dan memperkasakan parti serta hal elwal yang berkaitan pengurusan parti.

Turut sama Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin, Timbalan Pengerusi, Datuk Yaakob Khan, ketua-ketua sayap pergerakan negeri serta barisan ketua-ketua UMNO Bahagian.

Hadir sama Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Datuk Seri Mahdzir Khalid, Setiausaha Agung, Tan Sri Annuar Musa, Ketua Penerangan, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah serta Ahli Majlis Tertinggi, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan dan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.

Esok, Sabtu, Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk akan merasmikan konvensyen UMNO Sabah.

Sabah merupakan negeri pertama yang akan mengadakan konvensyen UMNO. – UMNO ONLINE

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.